Strategi Bersepadu Atasi Jenayah Rogol Perlu Diwujudkan

Diterbitkan: Isnin, 18 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Satu strategi bersepadu bagi menangani kes jenayah rogol terhadap kanak-kanak perlu dibentuk dan ia harus bermula dari rumah, kata Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye.

Beliau berkata semua pihak harus bekerjasama menangani kes jenayah itu, yang kini membimbangkan, kerana statistik polis menunjukkan tujuh daripada 10 mangsa rogol melibatkan kanak-kanak.

"Masanya sudah tiba untuk seluruh komuniti Malaysia bangun menentang jenayah seksual terhadap kanak-kanak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan projek 'Khidmat Cegah Jenayah dan Gaya Hidup Sihat Masyarakat' anjuran syarikat Lions Group di sini Ahad.

Lee berkata walaupun indeks jenayah menunjukkan penurunan, jumlah kes melibatkan remaja berusia lingkungan 15 hingga 20 tahun meningkat.

Pada 2009, jumlah remaja dalam ketegori pelajar yang terlibat dalam kes jenayah adalah 1,409 orang dan ia meningkat sebanyak 38 peratus pada 2010 kepada 1,947.

"Bagi remaja bukan pelajar pula, bilangan yang dilaporkan tahun 2009 seluruh negara 2,245 kes, tetapi pada tahun 2010, ia telah meningkat sebanyak 43.3 peratus iaitu 3, 218 kes," katanya.

Beliau berkata perkara ini membimbangkan MCPF dan ia menunjukkan lebih banyak usaha harus dilaksanakan bagi membantu golongan belia dan remaja menangani jenayah.

Lee juga berkata satu perhimpunan belia yang terdiri daripada lebih 1,500 orang akan diadakan di Melaka, Sabtu ini bagi membincangkan punca jenayah di kalangan remaja dan cara menyelesaikannya.

Katanya, perhimpunan bertema 'Remaja Bersatu Memerangi Jenayah' itu akan dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perhimpunan itu turut melibatkan beberapa agensi kerajaan, wakil belia, remaja, Kelab Pencegahan Jenayah, Program Latihan Khidmat Negara dan Kadet Sekolah.- BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan