PAS Kehilangan Ahli Parlimen Wanita Berwibawa - Abdul Hadi

Diterbitkan: Isnin, 18 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Allahyarham Dr Lo' Lo' seorang pemimpin yang berwibawa menyambung perjuangan arwah bapanya, Datuk Mohd Ghazali yang menubuhkan parti itu pada 1951.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Ahli Parlimen Titiwangsa telah membuktikannya dengan berbakti kepada rakyat di kawasannya.

"Beliau telah berkhidmat dengan sebaik-baiknya sama ada kepada rakyat dan parti," ujarnya ketika ditemui pemberita selepas majlis pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat di sini.

Sementara itu, pemimpin Pakatan Rakyat berikrar untuk meneruskan perjuangan Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo' yang masih belum selesai terutamanya isu membabitkan Kampung Baru.

Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata agenda perjuangan Allahyarham dalam menentang penubuhan Perbadanan Kampung Baru demi membela nasib penduduk kawasan itu tetap diteruskan rakan seangkatan.

"Insya-Allah, kami akan meneruskan perjuangan beliau... cuma kami minta semua penduduk di kawasan Titiwangsa, Datuk Keramat dan Kampung Baru terus menyokong Pakatan Rakyat," katanya.

Mohammad Nizar berkata, kehilangan beliau bukan saja dirasai penduduk di kawasan parlimennya tetapi seluruh rakyat Malaysia.

"Kita kehilangan 'permata' sesuai dengan namanya. Dia merupakan Ahli Parlimen yang suka berbahas. Pemergiannya satu kehilangan besar bagi negara," tambahnya.

Sementara itu, Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hadir mewakili Barisan Nasional bagi memberi penghormatan terakhir kepada Dr Lo'Lo'.

Walaupun hanya mengenali Allahyarham di Parlimen, Shahrizat tidak menjadikan perbezaan ideologi politik untuk membataskan kehadiran beliau menziarahi jenazah dan ahli keluarganya.

"Parti politik kami berbeza tapi sebagai umat Islam, saya perlu datang menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga arwah. Saya tidak membawa politik dalam semua ruang kehidupan saya," jelasnya.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan