PAS Kedah Tarik Balik Larangan Tutup Pusat Hiburan Pada Bulan Ramadan

Diterbitkan: Isnin, 18 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: PAS Kedah membuat pusingan 'u' apabila menarik balik larangan menutup semua pusat hiburan di negeri itu sepanjang bulan Ramadan selepas mendapat tekanan yang hebat daripada rakan sekutunya, DAP.

Sebaliknya, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak berkata penguatkuasaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 sepanjang bulan Ramadan hanya terhad kepada orang Islam sahaja.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata keputusan tersebut telah dijelaskan oleh wakil kerajaan negeri Kedah, yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Mohd Sanusi Md Noor dalam satu sesi penerangan kepada Anggota Jawatankuasa Pusat PAS yang bermesyuarat pada Ahad.

"Pusat hiburan di Kedah akan beroperasi seperti biasa pada bulan Ramadan namun ia terhad kepada orang bukan Islam sahaja. "PAS ambil jalan terbaik... iaitu tidak menghalang hak orang bukan Islam (dan) dalam masa yang sama orang Islam tidak boleh mengerjakan maksiat," katanya dalam sidang media di sini.

Beliau berkata keputusan itu dipersetujui pengusaha pusat-pusat hiburan di negeri itu yang bersedia diambil tindakan termasuk ditarik balik lesen perniagaan, jika premis itu dikunjungi orang Islam.

Abdul Hadi berkata hasrat sebenar pelaksanaan undang-undang itu bertujuan mencegah orang Islam melakukan maksiat sepanjang bulan Ramadan.

Bagaimanapun, beliau berkata kekeliruan berlaku ekoran laporan media yang didakwanya "tidak menyiarkan laporan tepat", sehingga menimbulkan rasa kurang senang di kalangan orang bukan Islam.

Sementara itu, Mohd Sanusi, yang ditemui pemberita kemudian, berkata penguatkuasaan enakmen itu adalah tanggungjawab pihak polis.

Rabu lalu, Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah mengumumkan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 dilaksanakan sepenuhnya pada bulan Ramadan tahun ini.

Pengumuman itu bagaimanapun mendapat bantahan daripada beberapa pihak termasuk MCA, Gerakan dan rakan parti pakatan pembangkang, DAP.

Isu itu dikatakan telah diselesaikan selepas Azizan bertemu wakil pusat hiburan semalam dan bersetuju membenarkan mereka beroperasi tetapi tidak boleh membenarkan umat Islam memasuki premis mereka. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan