Lebih 1 Juta Kunjungi Perarakan Malam Pelancongan Floral & Floria 2011

Diterbitkan: Isnin, 18 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perarakan Malam Pelancongan Floral Antarabangsa 1Malaysia dan Floria Putrajaya 2011 yang berlangsung sejak Sabtu lepas mencatatkan kehadiran lebih sejuta pengunjung.

Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata ia merupakan kejayaan besar memandangkan perarakan tersebut adalah yang pertama seumpamanya pernah diadakan sempena Floria Putrajaya 2011.

"Kami harap lebih banyak negara akan menyertai acara ini tahun depan," katanya pada majlis penutupan dan penyampaian hadiah perarakan tersebut, di sini malam Ahad.

Sebanyak 13 bot yang berhias indah mewakili sektor awam termasuk kerajaan negeri dan swasta serta dari Brunei menyertai perarakan tersebut.

Terengganu menjuarai kategori 'Bot Terbaik Keseluruhan', manakala Hotel YTL menang kategori 'Paling Kreatif'.

I-City pula menang kategori 'Hiasan Lampu Terbaik', sementara Kementerian Pelancongan menang 'Paling Popular' untuk sektor awam dan AirAsia menang 'Paling Popular' untuk sektor swasta. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan