Kekuatan Lo'Lo' Luar Biasa: Thuraiyan

Diterbitkan: Isnin, 18 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: "Allah berikan dia kekuatan luar biasa. Walaupun sudah dua tahun bergelut dengan penyakit itu semangat dia tetap kuat, dia berkhidmat sampai ke akhir hayat."

Demikian luahan hati kakak kepada Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali, Thuraiyan Nadzrah, 60, ketika ditemui pemberita di perkarangan Masjid Al-Akram di sini berhubung pemergian adik kesayangannya akibat penyakit kanser paru-paru pada malam Ahad.

Menurut Thuraiyan, Allahyarham mempunyai semangat yang kuat untuk melaksanakan tanggungjawabnya kepada rakyat meskipun menghidapi penyakit kanser sejak dua tahun lalu.

"Bukan saya mahu memuji adik sendiri tetapi Allah beri dia rezeki untuk berkhidmat... mudah-mudahan Allah terima," katanya.

Anak kedua daripada lapan beradik itu memberitahu, Lo'Lo' menerima rawatan di Hospital Selayang sejak dua minggu lalu dan berada dalam keadaan kritikal.

Katanya, arwah sempat berpesan supaya meneruskan perjuangan Islam kerana Allah walaupun beliau sudah tiada.

"Dia minta semua berjuang kerana Allah. Dia tidak mahu jangan kerana dia tiada, perjuangan terbantut," ujarnya.

Sementara itu, anak kedua Allahyarham, Muhd Fawwas berkata, ibunya berada dalam keadaan tidak sedarkan diri pada malam terakhirnya akibat implikasi ubat.

"Namun kali terakhir dia boleh berbicara, dia sentiasa menyatakan keprihatinan terhadap akhlak anak-anak muda masa kini. Dia juga minta para ulama dan pemimpin supaya turun padang untuk membantu masyarakat terutamanya golongan muda," katanya.

Muhd Fawwas berkata, ibunya turut berpesan kepada ahli keluarga dan kawan-kawan supaya sentiasa mengingatinya dalam doa dan apa jua perkara yang dilakukan.

Mengulas mengenai penderitaan yang dialami ibunya, Muhd Fawwas berkata, beliau disahkan menghidap penyakit kanser paru-paru setelah menjalani diagnosis pada Ogos 2009.

"Selepas mengetahui perkara itu, dia menjalani rawatan kimoterapi dan kembali sihat. Namun selepas pemeriksaan imbasan CT kali kedua, tumor sudah merebak ke bahagian lain.

"Setahun kemudian dia tidak begitu sihat... namun dia tetap berjumpa masyarakat. Semangatnya mengatasi tenaga fizikal yang dimilikinya," katanya.

Tambah Muhd Fawwas, adik-beradik, ahli keluarga dan sanak-saudara turut berada di sisi ibunya ketika beliau menghembuskan nafas terakhir tepat pukul 10.20 malam, Ahad.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan