Jenazah Dr Lo' Lo' Selamat Dikebumikan

Diterbitkan: Isnin, 18 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jenazah Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Ghazali selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Dato' Keramat pada pukul 11.10 pagi Isnin. Foto THE STAR Oleh: AHMAD IZZRAFIQ ALIAS.
Jenazah Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Ghazali selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Dato' Keramat pada pukul 11.10 pagi Isnin. Foto THE STAR Oleh: AHMAD IZZRAFIQ ALIAS.

KUALA LUMPUR: Jenazah Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Dato Keramat di sini pada pukul 11.10 pagi.

Terdahulu, jenazah disembahyangkan di Masjid Al-Akram pada pukul 10.30 pagi dan solat jenazah Allahyarham diimamkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Suasana sayu dan suram menyelubungi perkarangan masjid yang tidak putus-putus dikunjungi orang ramai sejak malam Ahad.

Kira-kira 2,000 orang termasuk beberapa pemimpin tertinggi PAS, antaranya Hadi Awang, Naib Presiden Datuk Salahuddin Ayub, Datuk Mahfuz Omar dan Datuk Hussam Musa serta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim turut hadir memberikan penghormatan terakhir.

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil turut kelihatan menziarahi jenazah.

Dr Lo'Lo yang terkenal dengan kelantangannya bersuara di dalam Parlimen menghembuskan nafas terakhir pada pukul 10.20 malam, Ahad di Hospital Selayang kerana menghidap penyakit kanser paru-paru sejak dua tahun lalu.

Beliau meninggalkan suami Prof Madya Dr Aminuddin Abd Hamid Karim serta empat orang anak, Mawaddah, Muhd Fawwaz, Sakinah, Muhd Farhan dan seorang cucu.

Pada pilihan raya umum 2008, Dr Lo’ Lo’ menewaskan calon BN, Datuk Aziz Jamaludin Tahir dengan majoriti 1,972 undi.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan