Cadangan Lantik Wakil NGO Dalam SPR Wajar Dipertimbangkan - Nazri

Diterbitkan: Isnin, 18 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Cadangan Majlis Peguam supaya wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dilantik menganggotai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menambah baik sistem pilihan raya adalah sesuatu yang wajar dipertimbangkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Beliau berkata terpulang kepada SPR untuk menentukan sama ada menerima atau menolak cadangan berkenaan.

"Kita (kerajaan) terbuka dengan mana-mana cadangan tetapi terpulang kepada SPR kerana ia adalah badan yang bebas. Jika mereka bersetuju, perkara itu boleh dibincangkan dengan kerajaan," katanya kepada pemberita selepas perasmian Persidangan Majistret dan Hakim Komanwel 2011 di sini, Isnin.

Mengenai laporan Suruhanjaya Diraja berhubung kematian Teoh Beng Hock, beliau berkata terserah kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan untuk mengumumkannya.

"Saya tidak tahu bila ia akan didedahkan kepada umum tetapi yang pasti kabinet sudah meluluskannya. Sekarang ini terpulang kepada KSN," katanya.

Pada 22 Jun lalu, laporan siasatan setebal 124 halaman itu dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Teoh, setiausaha politik seorang anggota exco kerajaan negeri Selangor, ditemui mati di bangunan yang menempatkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia negeri Selangor di Shah Alam pada Julai 2009. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan