Tahap Penyelewengan Diesel Subsidi Di Kedah Terkawal

Diterbitkan: Ahad, 17 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Tahap penyelewengan diesel bersubsidi di negeri ini tidak membimbangkan dan masih boleh dikawal Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan agensi penguatkuasa tempatan yang lain, kata Pengarah LKIM negeri, Mohamad Noor Had.

Mohamad Noor berkata bagi enam bulan pertama tahun ini jumlah tangkapan pihak berkuasa kurang daripada 10 nelayan tempatan dan LKIM telah menyenarai hitam nelayan yang menyalahgunakan diesel bersubsidi.

"LKIM bersama agensi penguatkuasa lain sentiasa memantau kegiatan mereka (nelayan) bagi mengelak berlaku penyelewengan minyak diesel oleh nelayan yang mahu mengaut keuntungan dengan cara salah.

"Kita juga mendapat maklumat daripada orang ramai yang melaporkan kegiatan nelayan terbabit dan hasilnya kita berjaya mengekang penyelewengan ini dengan cepat bagi mengelak kegiatan itu berleluasa," katanya kepada pemberita di sini Ahad.

Mohamad Noor ditemui pemberita pada majlis penyampaian elaun sara hidup sebanyak RM200 kepada 1,200 nelayan Parlimen Kuala Kedah yang terpilih di Stadium Sultan Abdul Halim di sini Ahad.

Mohamad Noor berkata kenaikan harga diesel bersubsidi iaitu RM1.80 daripada RM1.30 kepada bot komersil dan syarikat (bot nelayan C2) awal bulan ini juga berjaya mengekang penyelewengan.

"Selain nelayan kecil, kita juga mendapat maklumat pengusaha bot komersil juga menggunakan bot mereka melakukan penyeludupan minyak diesel bersubdisi di tengah-tengah laut bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

"Dengan kenaikan harga subsidi ini memberi satu impak kepada mereka agar tidak berbuat demikian dan sentiasa menghargai dan menggunakan pemberian kerajaan sebaik mungkin untuk menambah pendapatan nelayan," katanya.

Katanya LKIM juga memantau kegiatan nelayan di jeti pendaratan ikan dan juga melihat pengisytiharan tangkapan mereka sebelum memberi kebenaran mengisi minyak diesel ke dalam bot mereka bagi menjalankan aktiviti penangkapan ikan.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan