Polis Layan Saya Dengan Baik - Hadi

Diterbitkan: Ahad, 17 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau mendapat layanan baik dari pihak polis semasa ditahan kerana menyertai perhimpunan Bersih 9 Julai lalu.

Katanya, beliau tidak tahu apa yang berlaku kepada yang lain kerana beliau berseorangan semasa ditahan dan dibawa dengan lori ke balai polis Jinjang.

"Saya dilayan dengan baik, ada juga (polis) yang datang bersalam dengan saya. Konsepnya kita (PAS) tak bermusuh dengan polis, kita nak lawan Barisan Nasional (BN).

"Saya tak tahu mengenai yang lain kerana saya keseorangan pada masa tu (ditangkap), yang lain saya tak tahu," katanya kepada pemberita di sini.

Abdul Hadi diminta mengulas dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini yang mendakwa Presiden PAS itu dikasari polis ketika ditahan kerana menyertai perhimpunan itu.

Hadi berkata tidak semua polis menunjukkan kekasaran pada hari berkenaan, malah ada yang berlembut dengan tahanan termasuk beliau.

"Kita tak boleh kata semua baik, gas pemedih mata tak baik sebab buat kita sesak nafas. Naik lori tak baiklah, panjat atas lori tapi apa yang saya nak sebut ada yang tunjuk kekasaran, ada juga yang tunjuk sifat lembut," katanya.

Katanya, PAS juga akan menyokong sekiranya perhimpunan Bersih diadakan lagi.

Kepada isu lain, Abdul Hadi berkata terserah kepada kebijaksanaan pimpinan kerajaan negeri Kedah dalam menangani pertikaian dengan DAP berhubung larangan operasi 13 jenis pusat hiburan sepanjang Ramadan nanti.

Larangan itu dikeluarkan kerajaan negeri itu mengikut mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.

"Pandangan saya, kita serah kepada (kerajaan negeri) Kedah untuk mereka menanganinya dengan penuh bijaksana. Mereka pandai perintah negeri, mereka boleh berunding.

"Di sana (Kedah), ada peraturan bagi Islam sahaja, ada hak bagi bukan Islam dan di sana, ada hak bersama. Mereka nilai sendirilah bagi melaksanakan konsep ini," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan