Perkhidmatan Tren KTMB Di Stesen Kuala Lumpur Kembali Seperti Biasa

Diterbitkan: Ahad, 17 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan tren penumpang Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang terjejas akibat kren terbalik di Stesen Kuala Lumpur semalam telah kembali pulih seperti biasa sejak pukul 2 petang ini.

Dua laluan telah dibuka untuk operasi melibatkan laluan di platform 1 dan platfrom 2 bagi membolehkan penumpang KTM Komuter dan perkhidmatan tren elektrik (ETS) untuk naik dan turun dari Stesen Kuala Lumpur, menurut kenyataan KTMB di sini Ahad.

Menurut KTMB, kerja-kerja baik pulih telah siap sepenuhnya sembilan jam lebih awal dari jangkaan dan telah memudahkan perjalanan para penggunanya.

"Dengan perkembangan terbaru ini, kesemua perkhidmatan tren KTM Komuter, KTM Intercity, ETS dan kargo telah kembali pulih kepada jadual perjalanan asal dan tiada pemindahan penumpang menggunakan bas dilakukan hari ini," menurut kenyataan itu.

Menurut KTMB, kos kerosakan dan kerugian belum dapat ditaksirkan lagi kerana hanya dapat diperolehi setelah kerja-kerja penilaian dilakukan meliputi pelbagai aspek.

Pada 12.44 pagi semalam sebuah kren seberat 60 tan yang sedang melakukan kerja menanggalkan iklan dan tiang 'unipole' berhampiran platform 4 stesen itu tumbang dan menghempap bumbung dan kabel elektrifikasi platform 4,3 dan 2 yang menyebabkan kesemua platform berkenaan tidak boleh dilalui, kecuali platform 1.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan