Kempen 1 Juta Tandatangan Sokong Gagasan 1Malaysia Menggalakkan

Diterbitkan: Ahad, 17 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kempen kutipan 1 juta tandatangan orang ramai bagi menyokong gagasan 1Malaysia anjuran sebuah badan politik dilancarkan serentak di 212 lokasi di seluruh negara pada Ahad.

Kempen yang dianjurkan oleh Kongress India Muslim Malaysia (Kimma) memberi peluang kepada orang ramai untuk menyatakan sokongan mereka secara aman, tanpa perlu mengadakan sebarang perhimpuan yang menganggu ketenteram awam, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan kepada pemberita selepas melancarkan kempen itu di sini.

"Kempen ini adalah untuk majoriti pasif yang ingin menyatakan sokongan mereka kepada gagasan 1Malaysia. Mereka mencari saluran yang betul dan aman.

"India, Cina dan Melayu yang menandatangani ini sedar bahawa kita semua bukan lawan tapi adalah kawan, bergabung bukan bersaing, yang mahu membawa nama negara ke tahap yang lebih tinggi," katanya.

Beliau berkata tandatangan tersebut mewakili mereka yang bersemangat menginginkan perpaduan, kestabilan, keamanan dan kemakmuran kekal teguh dan terus disokong melalui gagasan 1Malaysia.

Menyentuh perhimpunan haram 9 Julai lepas, Ahmad Maslan berkata beliau dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar bahawa hanya 6,000 orang yang menyertai perhimpunan itu berbanding jumlah 27 juta penduduk di negara ini.

Justeru itu, katanya, majoriti rakyat kini bijak untuk memilih saluran yang betul dan tepat untuk menyampaikan sebarang pandangan, kritikan, serta sokongan mereka pada sesuatu perkara.

Sementara itu, Presiden Kimma Senator Datuk Syed Ibrahim Abdul Kader berkata lebih 100,000 tandatangan berjaya dikumpul semalam iaitu di Jalan Masjid India dan di Stadium Nasional Bukit Jalil, dan kempen yang dijalankan serentak hari ini akan berakhir pada pukul 6 petang ini.

Syed Ibrahim berkata sambutan orang ramai amat mengalakkan dan mereka tidak dipaksa untuk menurunkan tandatangan sebagai sokongan, malah mereka telah meminta untuk berbuat demikian.

"Kita amat positif untuk mendapatkan 1 juta tandatangan ini. Kimma hanya menunjukkan jalan dan membantu rakyat yang ingin menyatakan sokongan mereka kepada gagasan 1Malaysia," katanya.

Beliau berkata tandatangan tersebut dijangka akan diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada satu majlis yang akan diadakan oleh Kimma kelak.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan