Kajian Menyeluruh Terhadap Sistem Pendidikan Kebangsaan Dicadangkan

Diterbitkan: Ahad, 17 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SURABAYA: Kementerian Pelajaran sedang menyiapkan laporan mengenai cadangan bagi kajian menyeluruh terhadap sistem pendidikan kebangsaan dalam usaha meningkatkan lagi kualiti pendidikan negara, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata cadangan itu bukanlah kajian semula terhadap Penyata Razak.

"Saya telah mendapat banyak pandangan, malah dalam media ada dilaporkan tentang keperluan supaya kita melihat semula keseluruhan sistem pendidikan kebangsaan kita hari ini.

"Sama ada ia telah mencapai matlamat dalam usaha untuk mendidik anak-anak bangsa, sama ada perakuan yang dikemukakan dalam Penyata Razak itu dilaksanakan dah tercapai sepenuhnya.

"Ada pandangan yang menyatakan kualiti pendidikan di negara kita tak setanding dengan negara-negara maju yang lain," kata Muhyiddin, juga Menteri Pelajaran.

Pada masa ini satu pasukan diketuai oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abd Ghafar Mahmud ditugaskan untuk menyediakan laporan awal mengenai cadangan itu, yang dijangka dapat dikemukakan kepada jemaah menteri untuk pertimbangan dan kelulusan pada penghujung tahun ini. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan