Hampir 20,000 Pengunjung Kunjungi Festival Ekspresi Seni KL 2011

Diterbitkan: Ahad, 17 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Hampir 20,000 pengunjung membanjiri Festival Ekspresi Seni Kuala Lumpur (KL) yang diadakan sempena Festival KL 2011 di Jalan Bukit Bintang di sini sejak pagi hingga malam Sabtu.

Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata sambutan kali ini amat menggalakkan kerana pengunjung termasuk pelancong asing dihidangkan dengan pelbagai acara sepanjang hari bermula dari 8 pagi hingga 12 tengah malam termasuk pertunjukkan jalanan.

"Festival Ekpresi Seni ini merupakan acara yang menarik apabila ia menggabungkan seni kontemporari dengan seni tradisional yang menjadi hub kesenian antarabangsa.

"Dengan kombinasi seni budaya masyarakat Melayu, Cina, Punjabi dan India ini, kita dapat menunjukkan kepada pelancong luar negara mengenai budaya Malaysia yang terdapat di negara ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan festival itu di sini malam Sabtu.

Majlis pelancaran itu turut disempurnakan bersama Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pemantauan) Kementerian Pelancongan Dr Junaida Lee Abdullah dan Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Datuk Norliza Rofli.

Festival selama dua hari berakhir esok itu menampilkan pelbagai persembahan kebudayaan dan kesenian untuk menyemarakkan seni dan budaya serta memberi ruang dan peluang kepada khalayak tempatan dan pelancong luar negara menyaksikan sendiri keindahan dan kepelbagaian seni dan budaya masyarakat Malaysia di samping menterjemahkan hasrat kerajaan untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat kesenian antarabangsa.

Antara persembahan menarik malam ini ialah perrsembahan nyanyian daripada Hazama dan One Nation Emcees, Pergendangan 24 Musim, Pergendangan Bhangra dan persembahan Kota Seniman.

Sementara itu, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dalam rakaman ucapannya pada majlis malam Sabtu berkata, Ekspresi Seni KL adalah satu pernyataan seni kepada warga kota dan masyarakat Malaysia khasnya bahawa negara ini mempunyai adunan seni kebudayaan tradisi dan moden dari pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina dan India yang menjadi hub kesenian antarabangsa.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan