31 Sekolah Kluster Terpilih Sekolah Berprestasi Tinggi

Diterbitkan: Ahad, 17 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA NERANG: Sebanyak 31 daripada 152 sekolah yang diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) terpilih sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi, kata Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Datuk Abd Ghafar Mahmud.

Dalam teks ucapannya yang disampaikan oleh Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan, Rosland Hussein, beliau berkata kejayaan itu menunjukkan SKK sentiasa melonjakkan kecemerlangannya di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

"SKK juga telah mencipta pelbagai kejayaan dalam bidang akademik dan ko-kurikulum di peringkat kebangsaan dan antarabangsa apabila terdapat pelajar yang menyertai International Competition & Assessments far School (ICAS) di Australia dan berjaya mendapat pengiktirafan Highly Commended dan High Distinctions," katanya pada Majlis Penutup Karnival SKK Zon Utara di sini Ahad.

Katanya, bagi bidang kebitaraan ko-kurikulum pula, SKK telah berjaya menempa nama di peringkat antarabangsa dan secara tidak langsung mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

"Dalam enam bulan pertama 2011, SKK telah dapat menjayakan lebih 50 program pengantarabangsaan," katanya.

Abd Ghafar berkata salah satu daripadanya ialah kejayaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lutong di Miri, Sarawak yang merangkul satu pingat emas dan satu pingat perak bagi Apec Young Scientists Conference di Taipei, Taiwan.

"Kita juga berasa amat bertuah kerana SKK kali ini turut disertai oleh sekolah dari Thailand iaitu Hat Yai Withayalai School 2.

"Kerjasama ini amat baik bagi SKK untuk menjalin hubungan dan membuat penanda arasan, berkongsi pengetahuan dan pengalaman serta mengenali budaya masing-masing," katanya.

Beliau berkata menjadi harapan Kementerian Pelajaran Malaysia agar kecemerlangan SKK dilestarikan dan dilonjakkan ke peringkat antarabangsa.

Pada karnival yang berlangsung dari 15 hingga 17 Julai di SMK Datuk Syed Ahmad di sini itu, sebanyak tujuh sekolah dari Kedah, empat dari Perlis dan enam dari Pulau Pinang telah terpilih sebagai SKK bagi Zon Utara.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan