Tutup Pusat Hiburan Amaran Awal Untuk Kaum Tionghua

Diterbitkan: Sabtu, 16 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penutupan pusat hiburan pada bulan Ramadan oleh kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS merupakan amaran awal kepada pengundi kaum Tionghua bahawa hak agama lain akan terhakis jika parti pembangkang itu dibiarkan terus memerintah.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata tindakan itu umpama penafian secara jelas terhadap hak agama lain di negara ini.

"Kita hormat bulan Ramadan dan akui agama Islam sebagai agama rasmi, tetapi dalam hal ini, kita tak bersetuju kerana ia berunsur paksaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Tahunan MCA Wilayah Persekutuan 2011 Jumaat malam.

Beliau berkata DAP yang selama ini berkempen bahawa PAS lebih memahami keperluan kaum Tionghua, turut tersepit dengan tindakan sekutu mereka itu.

"Di Kedah (adalah) contoh yang jelas menunjukkan DAP tidak mempunyai pengaruh terhadap polisi-polisi atau dasar-dasar yang diputuskan PAS.

"Kita juga dapat bayangkan kalau mereka jadi parti memerintah di pusat nanti, mereka akan tetap bergaduh," katanya.

Beliau berkata penutupan pusat hiburan itu juga bercanggah dengan janji PAS sebelum ini yang kononnya mahu membuat keputusan sama rata untuk semua kaum. BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan