Tiada Demo Bersih Di Shah Alam - MB

Diterbitkan: Sabtu, 16 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA SELANGOR: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata tiada perhimpunan khusus berkenaan BERSIH 2.0 akan diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam, tetapi hanya majlis pelancaran program dan logo "SelangorKu" diadakan di stdaium berkenaan pada 24 Julai ini.

Beliau berkata program itu akan dihadiri oleh pemimpin dan wakil parti PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR), pemimpin masyarakat serta orang awam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat PAS Selangor yang disuarakan oleh Timbalan Pesuruhjaya III negeri, Khalid Abdul Samad agar satu perhimpunan besar-besaran untuk menjelaskan gerakan BERSIH diadakan Stadium Malawati.

Abdul Khalid berkata demikian selepas melancarkan "Program Jom Shopping di Tesco Kuala Selangor", di sini, JJumaat, di mana kupon membeli belah bernilai RM100 diberikan kepada warga emas Selangor berusia 60 tahun ke atas sebagai sumbangan terus kerajaan kepada rakyat.

Beliau tidak mengulas lanjut mengenai konsep 'SelangorKu' tetapi berkata ia mengenai peranan rakyat dan kerajaan dalam pembangunan negeri dan pengagihan hasil kekayaan Selangor.

Selain itu, beliau berkata sebanyak 20,000 kupon membeli makanan percuma bernilai RM10 setiap satu akan diedarkan kepada mereka yang hadir supaya mereka boleh menikmati pelbagai jualan makanan dan minuman pada hari itu.

Mengenai program 'Jom Shopping' itu, Abdul Khalid berkata program itu dibiayai oleh anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd, yang terlibat dalam industri perlombongan pasir.

Peruntukan awal ialah RM5 juta dan jika tidak mencukupi Kumpulan Semesta akan menambah RM5 juta lagi bagi menampung perbelanjaan program itu untuk tahun ini, katanya. BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan