Sambutan Kemerdekaan Serentak Hari Malaysia Pada 16 Sept

Diterbitkan: Sabtu, 16 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR:Sambutan Kemerdekaan ke-54 negara ditunda kepada 16 Sept, serentak dengan sambutan Hari Malaysia.

Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata keputusan itu dibuat berikutan tarikh kemerdekaan jatuh pada penghujung Ramadan.

"Jawatankuasa Bulan Kemerdekaan membuat keputusan (16 Sept) sesuai berikutan ia adalah juga tarikh Hari Malaysia," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Keceriaan Bulan Kemerdekaan 2011 di sini, Sabtu.

Bagaimanapun, katanya aktiviti lain Bulan Merdeka akan diadakan seperti biasa bersesuaian dengan Ramadan.

Mengenai venue sambutan Hari Kemerdekaan kali ini, Kamaruddin berkata ia mungkin diadakan di Dataran Merdeka.

Mengenai Program Keceriaan Bulan Kemerdekaan itu, beliau berkata pertandingan itu diadakan berikutan sambutan menggalakkan pada program itu tahun lepas.

"Kira-kira 61 pihak yang layak telah dinilai pada tahun lepas. Kita jangka lebih banyak pihak akan menyertainya pada tahun ini," katanya.

Menurutnya fokus utama program itu ialah pengibaran Jalur Gemilang di kawasan, bangunan dan premis dengan menggunakan daya kreativiti untukmembantu meningkatkan penghayatan orang ramai terhadap erti kemerdekaan.

Kamaruddin berkata tujuh kategori dipertandingkan tahun ini iaitu bangunan kerajaan, bangunan swasta, kampung(tradisi, kampung baru cina, kawasan estet, felda), sekolah (Menengah, kebangsaan, jenis kebangsaan), taman perumahan, individu dan pintu gerbang.

Program itu dilaksanakan mulai 1 Ogos sehingga minggu ketiga Ogos, dan penilaian bermula dari 31 Ogos sehingga 16 Sept meliputi aspek kreativiti, daya tarikan dan nilai tambah, katanya.

Maklumat lanjut mengenai pertandingan itu boleh didapati di laman web Jabatan Penerangan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan