Larangan Pusat Hiburan: PAS Kedah Buat Penjelasan

Diterbitkan: Sabtu, 16 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemimpin tertinggi PAS berkata kerajaan Kedah pimpinan parti itu akan memaklumkan Jawatankuasa pusat parti esok mengenai keputusan melarang pusat-pusat hiburan beroperasi semasa Ramadan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak, yang juga Anggota Jawatankuasa Pas Pusat telah diminta memberikan penjelasan mengenai perkara itu.

"Ia merupakan mesyuarat biasa bulanan jawatankuasa Pas pusat tetapi sejak isu ini menjadi perhatian, kita memutuskan untuk meminta Kedah memberikan taklimat penuh berhubung perkara itu.

"Bagaimanapun, beliau (Azizan) tidak dapat melakukannya kerana mempunyai komitmen yang lebih awal. Sebaliknya beliau akan menghantar seorang wakil untuk menjelaskan isu itu," katanya ketika dihubungi.

Kerajaan negeri mengumumkan pada Rabu berhubung keputusannya menguatkuasakan larangan kepada pusat-pusat hiburan termasuk pusat karaoke dan disko beroperasi sepanjang Ramadan mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.

Bagaimanapun, keputusan itu dikecam pelbagai pihak terutama parti politik seperti MCA dan Gerakan.

Malah, rakan pakatan pembangkang, DAP meminta kerajaan Kedah pimpinan Pas supaya membatalkan pelaksanaan larangan ke atas 13 jenis hiburan semasa bulan Ramadan.

Pemuda Gerakan Kedah juga mengancam mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri Kedah jika ia gagal menarik balik larangan ke atas pusat-pusat hiburan untuk beroperasi di negeri itu dalam tempoh seminggu.

Bagaimanapun, Mustafa berkata kepimpinan parti hanya akan memberikan reaksi berhubung perkara itu selepas mendapatkan penjelasan semasa mesyuarat itu yang akan diadakan di ibu pejabat parti di sini, esok. BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan