Jerubu Makin Pulih

Diterbitkan: Sabtu, 16 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keadaan jerebu di seluruh negara dilaporkan semakin pulih pada Sabtu dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dicatatkan secara purata lebih baik berbanding semalam.

Menurut laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), keseluruhan bacaan yang dicatatkan sehingga 7 pagi tadi menunjukkan 69 peratus IPU berada pada tahap baik dan 31 peratus lagi dalam keadaan sederhana.

Pada 5 petang semalam, bacaan IPU ialah 48 peratus berkeadaan baik, 48 peratus lagi sederhana dan empat peratus tidak sihat.

Beberapa tempat di Perak masih lagi mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu di Seri Manjung pada bacaan IPU (71), Kampung Air Putih, Taiping (69), Jalan Tasek Ipoh (67) dan S.K Jalan Pagoh (66).

Sementara itu, beberapa tempat yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat sehingga 5 petang semalam iaitu Cheras (110) dan Seri Manjung (104) kembali pulih pada 7 pagi ini dengan bacaan masing-masing 36 dan 71.

Menurut JAS, bacaan IPU mempunyai perbezaan antara waktu pagi, tengah hari dan awal petang mengikut tahap kenderaan keluar masuk.

Bacaan IPU antara 0-50 adalah baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya). BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan