AAS Tawar Khidmat Bantuan Guaman Percuma Untuk Pengguna Di Sarawak - Berita Semasa | mStar

AAS Tawar Khidmat Bantuan Guaman Percuma Untuk Pengguna Di Sarawak

Diterbitkan: Sabtu, 16 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Pengguna di Sarawak kini boleh mendapatkan khidmat bantuan guaman percuma bagi mengendalikan prosiding membabitkan isu kepenggunaan yang dibawa ke mahkamah tinggi.

Presiden Persatuan Peguam Bela Sarawak (AAS) Khairil Azmi Mohd Hasbie berkata perkhidmatan itu adalah untuk pengguna yang menang dalam kes Tuntutan Tribunal Pengguna, namun dibawa ke mahkamah tinggi oleh pihak yang kalah untuk semakan semula kehakiman.

"Kita mengalakkan peguam yang menjadi ahli AAS untuk mengambil kes-kes tersebut sebagai tanggungjawab sosial korporat," katanya kepada Bernama, di sini, Sabtu.

Beliau sebelum itu hadir pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) mengenai perkhidmatan itu antara AAS, Bank Rakyat dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Maklumat lanjut mengenai perkhidmatan tersebut boleh diperolehi di semua pejabat kementerian itu di negeri ini. -BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan