Serbu Polis: Tian Chua Nafi Bukti Video

Diterbitkan: Jumaat, 15 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Rakyat (PKR), Tian Chua menafikan beliau bertindak kasar terhadap pasukan polis walaupun wujud rakaman video yang memaparkan aksinya mengetuai sekumpulan lelaki mnyerbu ke arah Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) pada perhimpunan haram Bersih 2.0 Sabtu lalu.

Sebaliknya Ahli Parlimen Batu itu menegaskan beliau menyertai perhimpunan berkenaan dalam suasana aman tanpa melakukan provokasi terhadap mana-mana pihak khususnya pasukan polis.

"Tak ada... tak ada (serang polis). Apa yang saya tahu saya berhimpun dalam keadaan aman," katanya kepada mStar Online di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar bahawa polis akan menyiasat dakwaan tindakan kasar itu termasuk yang dilakukan oleh beberapa individu dan pemimpin pembangkang lain terhadap pasukan polis.

Mengulas lanjut, Tian Chua berkata beliau sedia disiasat oleh pihak polis berhubung dakwaan berkenaan.

"Siasatlah, saya tak ada masalah. Saya akan beri kerjasama," katanya.

Selasa lalu, laman blog http://ruangbicarafaisal.blogspot. com mendedahkan satu rakaman video bagaimana Tian Chua mengetuai sekumpulan lelaki cuba menyerang Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) sewaktu berhimpun bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di KL Sentral.

Video dengan itu juga dengan jelas memaparkan Tian Chua serta puluhan lelaki melaungkan perkataan 'serang' kemudian membuat kiraan satu sampai tiga, sebelum meluru ke arah FRU.

Tian Chua sebelum ini pernah ditangkap kerana menggigit tangan seorang anggota polis dalam perhimpunan berhampiran Parlimen pada 2007 dan dihukum penjara enam bulan dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret pada Oktober 2009.

Akibat kesalahan itu, Tian Chua hampir hilang kelayakannya sebagai Ahli Parlimen.

Bagaimanapun, pada Jun tahun lalu, Mahkamah Tinggi telah meringankan hukumannya kepada penjara dua bulan dan denda RM2,000, sekaligus mengelakkan satu lagi pilihan raya kecil diadakan.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan