MAHB Tidak Bina Jambatan Udara Di KLIA2 Atas Permintaan AirAsia

Diterbitkan: Jumaat, 15 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) berkata tiada jambatan udara akan disediakan di terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) bagi keperluan syarikat penerbangan kos rendah, AirAsia.

Ketua Pegawai Eksekutif MAHB, Tan Sri Bashir Ahmad berkata terminal itu dibina tanpa pemasangan jambatan udara dan sebagai ganti disediakan tanjakan (ramp), berdasarkan keputusan AirAsia untuk tidak menggunakan jambatan aero di KLIA2 walau pun semasa keadaan cuaca buruk.

Dalam satu kenyataan, katanya oleh kerana Airasia dan AirasiaX akan menjadi syarikat penerbangan utama di KLIA2, adalah tiada faedah jika jambatan udara dibina jika ia tidak akan digunakan.

Bagaimana pun, MAHB berkata peruntukan telah dibuat di dalam reka bentuk terminal bagi menampung pemasangan jambatan udara itu, jika diperlukan pada satu-satu masa kelak atau pada sebarang masa kelak, oleh kumpulan AirAsia atau LCC yang lain.

"Sebagai pengendali lapangan terbang, adalah penting kami menyokong model perniagaan kedua-dua syarikat perkhidmatan penuh dan LCC yang lain," katanya.

AirAsia menjelaskan bahawa model perniagaannya memerlukan masa pemulihan yang pantas untuk meningkatkan penggunaan pesawat, yang menjadi sebab ia tidak mahu menggunakan jambatan udara.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan