Bersih 2.0: Kem. Kesihatan Siasat Insiden Di Hospital Tung Shin

Diterbitkan: Jumaat, 15 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebuah jawatankuasa peringkat tinggi ditubuhkan bagi menyiasat insiden di Hospital Tung Shin pada 9 Julai ketika berlangsungnya perhimpunan haram Bersih 2.0.

Menteri Kesihatan,Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam satu kenyataan, Khamis menyebut jawatankuasa itu akan dipimpin Ketua Setiausaha kementerian berkenaan iaitu Datuk Kamarul Zaman Md Isa.

Liow berkata, beliau yakin jawatankuasa itu akan menjalankan siasatan terperinci dan telus memandangkan keselamatan pesakit serta hospital adalah penting.

"Ini akan menjelaskan percanggahan kenyataan yang dibuat pelbagai pihak sejak beberapa hari lepas," katanya.

Isnin lepas, Lembaga Hospital Tung Shin memaklumkan Liow bahawa insiden gas pemedih mata dan meriam air ditembak ke dalam kawasan hospital berkenaan ketika perhimpunan haram baru-baru ini tidak berlaku, namun ramai saksi yang melihat perkara itu mendakwa sebaliknya.

"Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan berkenaan. Mereka yang tidak ingin dikenali juga boleh berbuat demikian," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan