Amaran Wabak Denggi Dijangka Kes Meningkat Sehingga September

Diterbitkan: Jumaat, 15 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penularan wabak denggi dijangka meningkat sehingga September ekoran peningkatan kes sejak tiga minggu lalu, demikian amaran Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai pada Jumaat.

Beliau berkata jangkaan itu berdasarkan bertambahnya jumlah lokaliti wabak berkenaan di seluruh negara iaitu 102 lokaliti wabak pada ketika ini dan lima lokaliti sering berlaku kes denggi di Lembah Klang.

"Kewujudan lokaliti sering berlaku kes denggi menunjukkan nyamuk Aedes masih membiak di persekitaran komuniti dan usaha untuk mengurangkan tempat pembiakan ini masih tidak mencukupi.

"Oleh itu saya menyeru kepada masyarakat agar berganding bahu menghapuskan Aedes dan membersihkan persekitaran mereka. Luangkan masa 10 minit seminggu untuk menghapuskan tempat pembiakan," katanya dalam kenyataan di sini.

Liow berkata tiga kematian dilaporkan dalam tempoh seminggu antara 26 Jun hingga 2 Julai lepas.

"Menyedihkan, dua daripada kematian ini lewat didiagnosa sebagai demam denggi dan satu kematian lagi adalah kerana pesakit lewat mendapatkan rawatan. Ini menunjukkan kedua-duanya iaitu doktor yang merawat pesakit dan pesakit sendiri alpa betapa bahayanya Denggi," katanya.

Liow menasihatkan mereka yang mengalami demam hendaklah mendapatkan rawatan awal dan doktor yang merawat hendaklah membuat pemeriksaan rapi serta mendapatkan maklumat sama ada pesakit tinggal di kawasan bermasalah Denggi.

"Seperti yang diketahui bahawa Denggi dipengaruhi oleh polar dan perubahan cuaca namun ia tidak boleh dijadikan alasan untuk kita membiarkan jangkitan penyakit ini terus berlaku. Kehadiran cuaca panas dan cuaca hujan yang tidak menentu memudahkan kewujudan tempat-tempat pembiakan nyamuk," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata terdapat penurunan kes denggi dalam tempoh enam bulan tahun ini iaitu 57 peratus.

"Sebanyak 10,439 kes dilaporkan, penurunan sebanyak 57 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lepas iaitu 24,240 kes, malahan jumlah kematian akibat penyakit ini juga menurun iaitu 18 kematian dilaporkan tahun ini berbanding 81 kematian pada tahun lepas," katanya.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan