Zull Aznam Ketua Polis Perlis Yang Baru

Diterbitkan: Khamis, 14 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Setelah berkhidmat sebagai Timbalan Ketua Polis Perlis selama lebih 18 bulan, Senior Asisten Komisioner Zull Aznam Haron hari ini memegang tugas barunya sebagai Ketua Polis negeri ini bagi menggantikan Datuk Tajuddin Md Isa.

Majlis serah terima tugas antara Zull Aznam dan Tajuddin berlangsung di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perlis di sini hari ini dengan disaksikan Setiausaha PDRM Bukit Aman, Datuk Ghazali Md Amin yang mewakili Ketua Polis Negara.

Zull Aznam mula menjadi Timbalan Ketua Polis Perlis sejak 1 Dis 2009 manakala Tajuddin yang dilantik sebagai Ketua Polis Perlis sejak 20 Dis tahun lepas akan memulakan tugas barunya sebagai Timbalan Pengarah 1 Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.

Ketua Polis Perlis yang baru itu dalam ucapannya berharap semua anggota polis menjalankan tugas yang diamanahkan secara berpasukan dan sentiasa memupuk semangat bersatu padu serta menghasilkan kerja yang terbaik.

Beliau juga berharap masyarakat meningkatkan kerjasama kepada pasukan polis terutama dalam mengurangkan kadar jenayah yang kini pada kadar purata tiga kes setiap hari terutama yang membabitkan kes kecurian dan pecah rumah.

Sementara itu, Tajuddin yang turut berucap di majlis itu mahu para pegawai dan anggota polis sentiasa memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan iaitu rakyat dan pemimpin negara.

Menurutnya, keupayaan mengekang dan membanteras jenayah adalah kayu pengukur utama masyarakat dalam menilai prestasi pasukan polis yang memikul tugas dan tanggungjawab sebagai penguatkuasa utama undang-undang negara ini.

"Janganlah diberi peluang kepada pihak-pihak tertentu memanipulasikan keupayaan kita bertindak yang mana ia boleh menjejaskan kewibawaan serta imej kita yang memungkinkan ada pihak-pihak berkepentingan menggunakannya untuk faedah mereka sendiri," katanya.

Pada majlis itu, sebanyak 54 pegawai dan anggota polis serta orang awam menerima surat penghargaan Ketua Polis Perlis yang disampaikan oleh Tajuddin. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan