PPBMM Dan DBP Anjur Bengkel Transformasi Bahasa Melayu

Diterbitkan: Khamis, 14 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BESUT: Persatuan Pendidikan Bahasa Melayu Malaysia (PPBMM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan menganjurkan bengkel untuk mentransformasikan persekitaran pembelajaran bahasa Melayu supaya lebih menarik.

Presiden PPBMM Profesor Madya Dr Hashim Othman berkata seramai 100 guru bahasa Melayu dan pensyarah dari seluruh negara akan mengikuti Bengkel Pembelajaran Bahasa Melayu yang akan diadakan selama tiga hari mulai 22 Julai ini di Perak.

Dr Hashim berkata pembelajaran Bahasa Melayu dalam bilik darjah memerlukan bahan sokongan yang sesuai supaya ia lebih memikat dan bersemangat dalam memantapkan konsep pembelajarannya.

Sebanyak dua kertas kerja akan dibentangkan iaitu bertajuk 'Unsur Sebutan Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu Yang Memikat' oleh Penasihat PPBMM Profesor Emeritus Dr Abdullah Hassan dan 'Pembelajaran Bahasa Melayu yang Memikat' oleh beliau sendiri, katanya kepada Bernama di sini.

Sementara itu, dua bengkel akan dikendalikan bertajuk 'Modul Bahasa Melayu Tahap 1 Sekolah Rendah' dan 'Modul Bahasa Melayu Sekolah Menengah Rendah'.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan