Najib Bertemu Cameron

Diterbitkan: Khamis, 14 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual bertemu rakan sejawatannya, David Cameron, di sini, Khamis.

Pemimpin Malaysia itu sedang dalam rangka lawatan rasmi empat hari ke United Kingdom (UK) atas jemputan Perdana Menteri Britain.

Najib dijadual memulakan hari ketiga lawatannya dengan mesyuarat meja bulat bersama beberapa anggota paling kanan institusi kewangan utama di London.

Hari itu akan menyaksikan Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, menghadap Ratu Elizabeth II.

Perdana Menteri juga dijadual menghadiri satu perjumpaan dengan wakil-wakil dari syarikat keretapi UK dan juga satu majlis yang dianjurkan oleh Datuk Bandar London, Alderman Michael Bear.

Najib memulakan lawatannya ke UK pada Selasa. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan