Malaysia-UK Meterai Perjanjian Pembangunan Rel Bersama

Diterbitkan: Khamis, 14 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Malaysia dan United Kingdom (UK) telah menandatangani perjanjian yang berobjektif mempercepatkan pembangunan rel di kawasan bandar di Malaysia, seperti projek My Rapid Transit (MRT).

Majlis bertukar-tukar memorandum persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani antara SPAD dan kerajaan UK itu yang diwakili Jabatan Pengangkutan bagi Kerjasama Rel negara itu, disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak, di sini, Rabu.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Pengerusi SPAD Tan Sri Syed Hamid Albar menyifatkan UK sebagai antara negara terulung dalam pembangunan rel di kawasan bandar.

"Hasrat kami ialah untuk berkongsi kepakaran, pengalaman dan maklumat apabila kita melaksanakan sistem pengangkutan bandar kita seperti MRT.

"Mereka mahu turut serta dalam projek MRT kita, misalnya, dan cara terbaik ialah untuk kami bekerjasama di bawah MoU ini," katanya.

Perjanjian lain membabitkan entiti Malaysia dan British meliputi bidang-bidang seperti minyak dan gas, latihan, pendidikan dan penyelidikan.

Antara yang hadir pada majlis bertukar-tukar dokumen itu ialah Setiausaha Negara bagi Perniagaan, Inovasi dan Kemahiran UK Dr Vince Cable, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Najib tiba di London pada Selasa untuk lawatan rasmi empat hari ke UK selepas mengakhiri lawatannya ke Turkmenistan.

Sementara itu, syarikat minyak gergasi Malaysia, Petronas dan rakan kongsinya, Petrofac Limited, menandatangani MoU untuk mempercepatkan pembangunan dan pengeluaran awal bagi Fasa 3 Cendor, luar pesisir Semenanjung Malaysia.

Kedua-dua syarikat juga memeterai MoU bagi kerjasama latihan teknikal dan pembangunan kebolehupayaan.

Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memeterai MoU, masing-masing dengan Imperial College London dan University of Reading.

Menurut MoU dengan Imperial College London, UTM akan menjalankan penyelidikan bersama dan aktiviti pendidikan dalam pelbagai bidang termasuk penyelidikan tenaga karbon rendah di Energy Futures Lab of Imperial College.

Sementara perjanjian dengan University of Reading pula akan menyaksikan kedua-dua institusi bekerjasama dalam pelbagai program, antara lain berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran bahasa.

Memorandum perjanjian antara University of Warwick dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia akan membuka laluan bagi kerjasama dalam pelaksanaan MSc dalam Pengurusan Perniagaan Kejuruteraan bagi Pertahanan dan Program Keselamatan.

Sebelum majlis itu, Dr Cable mengunjungi Najib yang turut menerima kunjungan Gabenor Bank Negara Saudi Mohammed Al Jaser dan Pengerusi Standard Chartered Sir John Peace.

Perdana Menteri kemudiannya berlepas dengan pesawat ke RAF Coningsby, pangkalan tentera udara di Lincolnshire, yang menempatkan beberapa jet pejuang Typhoon.

Najib dijadual pulang semula ke London pada sebelah petang. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan