Majikan, Ejen Masih Keliru Mengenai Pendaftaran Pekerja Asing

Diterbitkan: Khamis, 14 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pendaftaran menggunakan sistem biometrik dan program pengampunan pekerja asing berjaya dilaksanakan namun masih timbul kekeliruan mengenai pelaksanaan program tersebut.

Ramai majikan yang keliru menyebabkan hanya sebahagian kecil pekerja asing yang mendaftarkan diri.

Penggunaan sistem biometrik hanya memerlukan cap jari daripada pekerja asing dan mereka perlu memberikan maklumat peribadi untuk direkodkan oleh Jabatan Imigresen di seluruh negara.

Kira-kira 1.8 juta pekerja asing mempunyai masa hingga 31 Julai ini untuk mendaftarkan diri sebelum program pemutihan dan pengampunan pekerja asing tanpa izin yang akan dilaksanakan pada 1 Ogos ini.

Bagaimanapun, ramai majikan merungut kerana mereka tidak mendapat informasi yang cukup mengenai program tersebut.

Sementara sebahagian lagi majikan mendakwa adalah mustahil untuk mendaftarkan jumlah pekerja asing yang terlalu ramai dalam tempoh masa yang singkat.

Persatuan majikan pembantu rumah Malaysia dan ejen pembantu rumah turut mendakwa mereka masih kabur mengenai program yang dilaksanakan itu.

Bagi melancarkan proses pendaftaran pekerja asing Jabatan Imigresen akan membuka semua cawangannya di seluruh negara setiap hari.

Mereka juga akan turut membuka pejabat bergerak bagi mendaftarkan seramai mungkin pekerja asing dalam tempoh yang ditetapkan.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan