Kompleks Istana Negara Baru Siap Bulan Depan

Diterbitkan: Khamis, 14 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jamuan negara sempena tamatnya tempoh perkhidmatan Tuanku Mizan Zainal Abidin sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 pada Disember ini dicadangkan diadakan di Kompleks Istana Negara baru, yang terletak di atas bukit berhampiran Jalan Duta di sini.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata jika kompleks itu siap sepenuhnya bulan depan, beliau akan memohon kepada Kabinet agar jamuan negara diadakan di situ.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Santai Makan Tengahari bersama menteri anjuran Media Prima Berhad di sini hari ini.

Rais turut menyatakan rasa puas hati dengan hiasan dalaman kompleks itu yang mempunyai ciri-ciri warisan yang boleh menjadi khazanah negara.

Pagi tadi, Rais meluangkan masa kira-kira sejam melawat lokasi pembinaan Kompleks Istana Negara baru bernilai RM800 juta itu. Lawatan itu turut disertai Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Rais, yang diiringi Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Kamaruddin Siaraf serta pegawai Jabatan Kerja Raya, kemudian meninjau ke bangunan utama kompleks itu.

Pembinaan kompleks itu, yang merangkumi tiga komponen utama iaitu Kompleks Istana Negara bernilai kira-kira RM650 juta, persimpangan bertingkat (RM130 juta) dan menaik taraf jalan (RM32.5 juta), bagi menggantikan Istana Negara yang sudah digunakan sejak 1928.

Pelantikan Tuanku Mizan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 untuk tempoh lima tahun berkuatkuasa 13 Dis 2006 bagi menggantikan Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail, diisytiharkan oleh Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya.

Mesyuarat itu turut mengisytiharkan pelantikan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, juga untuk tempoh lima tahun, berkuatkuasa pada tarikh sama.- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan