Kes Buli Di Sekolah Catat Penurunan

Diterbitkan: Khamis, 14 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TANJUNG MALIM: Kes buli di sekolah mencatat penurunan sebanyak 9.42 peratus tahun lepas hasil pelbagai usaha pencegahan yang dilakukan banyak pihak antaranya sekolah, ibu bapa dan Kementerian Pelajaran.

Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi berkata kementeriannya menerima sebanyak 2,617 laporan kes buli di sekolah sepanjang tahun lepas berbanding 2,889 kes pada tahun 2009 dan 3,107 kes pada tahun 2008.

"Penurunan itu suatu petanda baik dalam usaha kita memerangi gejala buli di sekolah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Portal E-Buli di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini, Khamis.

Pelancaran portal itu turut dihadiri Naib Canselor UPSI Prof Datuk Dr Aminah Ayob dan wakil persatuan ibu bapa, guru dan institusi pengajian tinggi awam serta swasta.

Portal yang bertujuan membantu mangsa buli dan menangani penularan gejala tidak sihat itu boleh dilayari menerusi laman web http://ebuli.upsi.edu.my.

Mohd Puad berkata penurunan kes buli itu bukan satu 'lesen' untuk semua pihak mendabik dada malah patut dijadikan pembakar semangat untuk meneruskan usaha mencegah gejala buli di sekolah.

Katanya langkah terbaik untuk mencegah gejala itu ialah membentuk keperibadian yang cemerlang dalam setiap diri pelajar.

"Dalam membentuk keperibadian pelajar, ibu bapa sebenarnya memainkan peranan yang paling penting bukan menyerahkan bulat-bulat tanggungjawab itu kepada guru di sekolah," katanya.

Beliau berkata guru pada masa kini pula tidak sepatutnya terikat kepada tanggungjawab tradisional mereka untuk memberikan ilmu kepada pelajar tetapi turut berusaha membentuk keperibadian pelajar tersebut.

Sementara itu, Mohd Puad turut meluahkan kebimbangannya mengenai gejala negatif di dalam media baru yang mampu memberikan kesan buruk kepada pelajar.

"Kita berusaha membawa pembelajaran digital kepada pelajar antaranya memberikan netbook kepada mereka melalui program netbook 1Malaysia tetapi pelajar kita sekarang banyak gunakan netbook itu untuk lakukan aktiviti yang tidak berfaedah yang memudaratkan mereka, mereka sepatutnya mencari ilmu di internet," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan