Kementerian Bangunkan Kurikulum Dalam Bidang Perkhidmatan:Subramaniam

Diterbitkan: Khamis, 14 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kementerian Sumber Manusia bercadang membangunkan kurikulum latihan kemahiran untuk bidang-bidang baru khususnya dalam sektor perkhidmatan yang mampu menyediakan peluang pekerjaan lebih meluas.

Menterinya Datuk Dr S. Subramaniam berkata usaha itu adalah selaras dengan penekanan kerajaan kepada bidang perkhidmatan sebagai paksi pertumbuhan utama negara.

"Kementerian akan teliti kemahiran yang diperlukan pada masa sekarang (dalam bidang perkhidmatan) dan akan menyediakan latihan itu mengikut keadaan.

"Sebagai kerajaan, kita akan beri sokongan penuh dengan sediakan kurikulum dan latihan kepada tenaga pengajar dalam sektor perkhidmatan agar mereka boleh memenuhi keperluan industri dan seterusnya bantu kerajaan tingkat sumbangan sektor perkhidmatan sebanyak 55 peratus kepada pertumbuhan ekonomi negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPM) Tahun 2011 di sini, Khamis.

Subramaniam turut mencadangkan Pusat Bertauliah JPM di seluruh negara supaya memberikan lebih fokus kepada latihan kemahiran dalam bidang perkhidmatan berbanding sebelum ini yang banyak menjurus kepada pembuatan.

Sementara itu, beliau berkata kurikulum latihan kemahiran yang ditawarkan oleh agensi kerajaan dan swasta di negara ini dijangka dapat diseragamkan menjelang akhir tahun ini.

Beliau berkata usaha itu yang dibuat menerusi Majlis Penyelarasan Kemahiran Kebangsaan, yang dipengerusikannya, adalah untuk memastikan sijil yang dikeluarkan diasaskan kepada hanya satu sijil iaitu Sijil Kemahiran Malaysia.

Subramaniam berkata langkah itu antara usaha kementerian mengarusperdanakan latihan kemahiran agar ia menjadi pilihan utama khususnya untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.

"Kita mahu supaya dalam negara ini semua latihan dalam bidang-bidang tertentu akan mengikuti kurikulum yang sama.

"Kementerian kini tunggu pandangan pihak-pihak berkepentingan dalam perkara ini dan hasil pandangan itu akan dibawa ke Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan menjelang akhir tahun ini untuk diputuskan," katanya.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan