TPM Saran Alumni Bantu Sekolah Lahir Modal Insan Berbudi Pekerti

Diterbitkan: Rabu, 13 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu persatuan alumni membantu sekolah masing-masing melahirkan modal insan yang bukan saja cemerlang dalam pelbagai bidang tetapi juga berbudi pekerti mulia.

Ini, kata Timbalan Perdana Menteri sejajar dengan pelaksanaan tranformasi pendidikan yang bermatlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

"Bagi menghadapi cabaran akan datang, kita bukan sahaja memerlukan mereka yang berkelayakan dan kepakaran dalam pelbagai bidang tetapi memeliki keperibadian dan budi pekerti yang mulia yang sekarang ini agak terabai," katanya.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berucap merasmikan jamuan malam sempena sambutan jubli emas Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Sri Amar Diraja, di sini Selasa malam.

Muhyiddin berkata dengan cara itu juga anggota alumni dapat membalas jasa atas pendidikan yang mereka perolehi semasa bersekolah di instusi berkenaan.

Pada majlis itu beliau turut mengumumkan peruntukan RM500,000 bagi membina dewan baru dan bilik guru yang lebih selesa untuk sekolah tersebut.

Alumni sekolah berkenaan turut menyumbang RM150,000 kepada sekolah mereka. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan