Pavillion KL Anggar Kehilangan 60% Pengunjung Ekoran Perhimpunan Haram

Diterbitkan: Rabu, 13 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gedung membeli-belah mewah Pavilion KL menganggarkan kerugian kira-kira 60 peratus pengunjung Sabtu lepas ekoran perhimpunan haram di pusat bandar.

Ketua Pegawai Eksekutif (Runcit) Kuala Lumpur Pavilion Sdn Bhd, Joyce Yap berkata, perniagaan di gedung itu terjejas teruk pada hari Sabtu memandangkan kebanyakan peruncit memilih untuk menutup premis masing-masing atas sebab keselamatan dan pekerja mereka juga gagal hadir bekerja pada masa yang ditetapkan.

"Dalam perjanjian, sebenarnya tiada satu penyewapun dibenarkan menutup kedai tetapi di bawah situasi ini, kami tiada pilihan. Disebabkan alasan keselamatan ini, mereka dikecualikan," kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan "Global Footprint: A Photography Exhibition" oleh Yang Yuan Xing di gedung itu di sini, Rabu.

Beliau berkata, gedung beli-belah itu juga menanggung kos tambahan kerana ia perlu mengambil lebih ramai tenaga kerja dan meletakkan lebih banyak penghalang bagi memastikan keselamatan di pusat beli-belah.

Ditanya sama ada Pavilion KL akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penganjur demonstrasi itu, Yap berkata perkara itu perlu dirujuk kepada jabatan litigasi jika ada asas untuk berbuat demikian.

"Jika peruncit tidak menuntut apa-apa, kami juga tidak akan berbuat demikian. Sementara itu Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen melancarkan pameran fotografi yang berlangsung selama dua hari itu. Kutipan hasil jualan foto akan disalurkan kepada Persatuan Austime Kebangsaan Malaysia. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan