PAS Ancam Anjur Bersih 3.0 Jika SPR Tidak Berubah

Diterbitkan: Rabu, 13 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: PAS menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan sistem pilihan raya yang adil dan telus jika mereka tidak mahu berdepan dengan satu lagi Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 3.0).

Justeru, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mahu SPR melaksanakan empat daripada lapan tuntutan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Bersih kepada suruhanjaya itu dalam kadar segera.

“Jika SPR tidak mahu buat perubahan segera kita akan cadangkan kepada Bersih untuk buat perhimpunan sekali lagi.

“Ada tuntutan yang boleh disegerakan oleh SPR, kalau tiada perubagan kami akan desak Bersih buat perhimpunan yang lebih besar,” katanya kepada mStar Online pada Selasa.

Lapan tuntutan yang dikemukakan oleh Bersih adalah supaya SPR membersihkan senarai undi, mereformasi undi pos, menggunakan dakwat kekal, akses media yang bebas dan adil, tempoh kempen minimum 21 hari, memperkukuh institusi awam, menghentikan rasuah dan menghentikan politik kotor.

Mengulas lanjut mengenai Bersih 3.0, Mohamad berkata perkara tersebut akan dibincangkan bersama Jawatankuasa Bersih terlebih dahulu.

“Kita akan bincang dengan Bersih dahulu jika tidak setuju barulah kita bincang dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Bagi meneruskan agenda Bersih kita juga mencadangkan supaya setiap hari Sabtu dijadikan hari memakai baju Bersih atau baju berwarna kuning,” katanya.

Berhubung larangan daripada pihak polis tidak membenarkan pemakaian baju Bersih, Mohamad perkara tersebut hanya haram pada Umno tetapi tidak dari segi undang-undang.

Sabtu lalu, Perhimpunan Bersih diadakan di beberapa kawasan di sekitar ibu negara seramai 1,041 ditahan kerana ingkar arahan polis supaya bersurai daripada perhimpunan haram tersebut.

Antara mereka yang ditahan ialah Penganjur Bersih Datuk S. Ambiga, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Mat Sabu.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan