Hina Lagu Negaraku: Lembaga Pengarah UMT Tunggu Laporan

Diterbitkan: Rabu, 13 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Terengganu (UMT) masih menunggu laporan berhubung kes individu yang dikatakan pelajar institusi itu, menghina lagu Negaraku menerusi laman sosial Facebook, baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains & Teknologi dan Sumber Manusia Negeri yang juga ahli Lembaga Pengarah UMT Ahmad Razif Abd Rahman berkata pihaknya sedang menunggu laporan lengkap daripada universiti itu berhubung perkara itu.

"Sekiranya betul ia melibatkan pelajar UMT maka kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan sewajarnya.

"Kita kecewa dengan apa yang berlaku, tidak kira sama ada dilakukan oleh pelajar atau pun individu lain," katanya kepada pemberita di sini, Rabu.

Katanya laporan sudah dibuat pendaftar UMT di Balai Polis Gong Badak berhubung perkara itu. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan