Tiada Kuota Khas Jemaah Haji ikut Negeri - Berita Semasa | mStar

Tiada Kuota Khas Jemaah Haji ikut Negeri

Diterbitkan: Selasa, 12 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tiada peruntukan kuota khas jemaah haji diberikan mengikut negeri-negeri termasuk Wilayah Persekutuan Labuan memandangkan jumlah bakal haji di setiap negeri tidak tetap setiap tahun.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim berkata peruntukan kuota tahunan jemaah haji ditentukan oleh kerajaan Arab Saudi kepada Malaysia atau mana-mana negara adalah berdasarkan jumlah penduduk negara itu dengan nisbah 0.1 peratus daripada keseluruhan penduduk.

Katanya kuota tahunan untuk jemaah haji Malaysia adalah sebanyak 26,000 orang.

"Sistem pemilihan bakal haji yang digunakan adalah berdasarkan kepada proses pendaftaran bakal haji ini iaitu di mana siapa yang dahulu, didahulukan dan yang kemudian, dikemudiankan.

"Ini bagi mengelakkan timbulnya soal pilih kasih atau melangkau giliran yang ada," katanya ketika menjawab soalan Senator Yunus Kurus yang ingin tahu bilangan kuota yang diperuntukkan kepada jemaah haji di Labuan dan adakah kuota itu akan ditambah pada masa akan datang.

Menurut Mashitah sehingga kini, bakal haji dari Wilayah Persekutuan Labuan yang terpilih dan setuju menerima tawaran untuk menunaikan fardhu haji pada musim haji 1432H adalah seramai 14 orang.

Katanya pada tahun 1425H, jemaah haji dari Wilayah Persekutuan Labuan adalah seramai 66 orang, dan meningkat pada tahun berikutnya kepada 75 orang manakala pada tahun 1427H jumlah jemaah haji kembali menurun kepada lapan orang sahaja.

"Jadi, kalau diamalkan sistem kuota haji ikut negeri, akan menyebabkan jemaah yang lain tidak akan mendapat keadilan kerana kita melihat tidak semua jemaah haji meningkat di Labuan.

"Justeru, tiada peruntukan khas kepada jemaah haji di Wilayah Persekutuan Labuan," katanya. -BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan