Proklamasi Darurat Masih Relevan Untuk Jaga Keselamatan Negara

Diterbitkan: Selasa, 12 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan belum memansuhkan Proklamasi Darurat kerana ia masih relevan dan perlu dikekalkan untuk diguna pakai dalam memelihara keselamatan negara, ketenteraman awam dan membanteras jenayah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata Proklamasi Darurat boleh dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong apabila keadaan keselamatan, kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam negara terancam seperti yang termaktub dalam Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Perskutuan.

"Kerajaan berpandangan Ordinan Darurat didapati perlu untuk memperteguh usaha ke arah mengekalkan ketenteraman dan keselamatan awam demi menghadapi ancaman terhadap keselamatan, ekonomi negara dan perpaduan rakyat.

"Selain itu, negara-negara luar juga dilihat cenderung membuat undang-undang yang mirip dengan undang-undang yang dibuat di bawah Proklamasi Darurat 1969 seperti Anti-Kegansan, Akta Jenayah dan Keselamatan 2001 di United Kingdom dan juga Akta Patriotik Amerika Syarikat 2001," katanya ketika menjawab soalan Senator Dr S. Ramakrishnan di Dewan Negara pada Selasa.

Dr Ramakrishnan ingin tahu mengapa kerajaan masih belum memansuhkan pengisytiharan darurat yang telah digunakan lebih 40 tahun.

Menurut Liew, sejak kemerdekaan sehingga kini, sebanyak empat Proklamasi Darurat telah diisytiharkan iaitu Proklamasi Darurat pada 3 Sept 1964 bagi seluruh Persekutuan; Proklamasi Darurat 15 Mei 1969 bagi seluruh Persekutuan; Proklamasi Darurat 14 Sept 1969 di Sarawak dan Proklamasi Darurat 8 November 1977 di Kelantan.

Bagaimanapun, katanya Proklamasi Darurat 1964 terbatal secara implikasi oleh Proklamasi Darurat pada 1969 seperti yang diputuskan oleh Majlis Privi dalam kes Teh Cheng Poh lwn Pendakwa Raya (1979) 1 MLJ 50.

Beliau berkata Proklamasi Darurat 1969 masih berkuat kuasa kerana Proklamasi Darurat 1977 dengan jelas tidak menyentuh Proklamasi Darurat pada 1969.

Menurutnya Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas memberi kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membatalkan Proklamasi dan Ordinan Darurat atau terhenti berkuat kuasa jika ketetapan diluluskan oleh Dewan Rakyat atau Dewan Negara yang mengungkai proklamasi atau ordinan itu. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan