Laman Web Khidmat Negara Boleh Dilayari - Berita Semasa | mStar

Laman Web Khidmat Negara Boleh Dilayari

Diterbitkan: Selasa, 12 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Laman web Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), www.khidmatnegara.gov.my yang tidak dapat dilayari sejak Isnin kerana mengalami kesesakan trafik teruk akibat capaian yang terlalu tinggi kini beroperasi kembali.

Bagaimanapun, jurucakap JLKN memberitahu, sistem perkomputeran masih tidak dapat digunakan pada pagi ini untuk membantu orang ramai menyemak status sama ada mereka dipilih untuk menyertai latihan khidmat negara.

Dalam satu kenyataan Isnin, Bahagian Komunikasi Korporat JLKN memaklumkan kesesakan paling teruk dialami pada waktu puncak iaitu dari 8 pagi hingga 12 tengah malam.

Kenyataan tersebut menyebut, kesesakan itu dijangka berlaku untuk sementara waktu sahaja.

Calon pelatih boleh membuat semakan melalui khidmat pesanan ringkas dengan menaip PLKN (jarak) SEMAK (jarak) nombor Mykad dan hantar ke 15888.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan