Kerajaan Cadang Laksana Kawalan Harga Ubat Di Pasaran - Liow

Diterbitkan: Selasa, 12 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan bercadang melaksanakan kawalan harga ubat di pasaran bagi memastikan ia mampu diperoleh segenap lapisan rakyat, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata kementerian kini dalam proses mengumpul maklumat untuk mendapatkan mekanisme yang sesuai dalam menetapkan harga ubat dengan mengambil kira kepentingan rakyat dan industri yang terlibat.

"Kementerian sememangnya merancang melaksanakan kawalan harga ubat dalam pasaran yang seragam dan mampu diperolehi oleh rakyat dalam masa terdekat.

"Sehubungan itu, kementerian dalam proses mengumpul maklumat melalui kajian-kajian harga di setiap peringkat dari pengilang, pengimport, sehingga pengguna di dalam negara bagi menentukan mekanisme sesuai dalam menetapkan harga ubat," katanya semasa menggulung perbahasan bagi kementeriannya pada sidang Dewan Negara, Selasa.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan sentiasa memastikan pembelian ubat-ubatan adalah komprehensif untuk merawat semua jenis penyakit dan senarai ubat sentiasa dikemas kini secara berkala untuk memastikan ia bersesuaian dengan perkembangan semasa.

Oleh yang demikian katanya, tidak berlaku perbezaaan antara ubat yang diberikan kepada kakitangan kesihatan mahupun pesakit yang dirawat hospital swasta dan hospital kerajaan.

"Kementerian sentiasa pastikan ubat yang berada di pasaran berkualiti, berkesan dan selamat digunakan. Semua ubat-ubat yang didaftarkan oleh pusat farmasi adalah berkualiti sama ada digunakan di hospital kerajaan ataupun hospital swasta," katanya.

Sementara itu, beliau berkata 69 jenis ubat telah disenaraikan bagi Klinik 1Malaysia termasuk ubat gatal bagaimanapun antibiotik masih dalam proses kajian untuk diperkenalkan.

Persidangan dewan bersambung Selasa. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan