Kelab Isteri Taat Boleh Dikenakan Tindakan Jika Langgar Syarat - Shahrizat

Diterbitkan: Selasa, 12 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kelab Isteri Taat boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya didapati melanggar syarat-syarat pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO).

Namun, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil setakat ini, kementerian tidak mempunyai rancangan untuk menyekat kelab itu.

"Buat masa ini kementerian, tiada rancangan untuk menyekat kelab ini ataupun dari segi permohonan kelab ini kerana kita sebuah negara yang demokrasi...namun terpulang kepada ahli-ahli kelab mereka yang membawa visi dan misi kelab itu.

"Tetapi sekiranya langkah-langkah selepas ini mereka (Kelab Isteri Taat) didapati melanggar undang-undang NGO, kementerian dalam negeri dan badan berdaftar akan mengambil tindakan sewajarnya," katanya ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Nor Hayati Tan Sri Onn di Dewan Negara di sini, Selasa.

Nor Hayati, yang bimbang dengan matlamat pertubuhan itu, meminta supaya kementerian memastikan pertubuhan berikut tidak akan menjejaskan pemikiran generasi muda mengenai kehidupan berumahtangga.

Dalam pada itu, Shahrizat berkata rakyat Malaysia mempunyai kekuatan agama yang jitu dan tidak mudah diperlekehkan oleh kelompok kumpulan yang kecil dan tidak mempunyai bilangan ahli yang ramai.

Katanya kementerian akan terus menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan badan-badan terlibat dalam menangani isu itu.

"Kementerian terus mempertingkatkan program bukan hanya bersama Jakim malah dengan pihak-pihak lain, kerana di sinilah tugas Jakim untuk memberikan kesedaran bukan hanya kepada golongan wanita tetapi juga kepada kaum lelaki.

"Dalam kes ini, mungkin golongan suami tidak memahami syariat Islam yang betul oleh itu pendidikan dan pendedahan amat penting," katanya.

Selain itu, beliau berkata kementerian juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mengelirukan pemikiran rakyat berhubung maruah dan hak wanita di negara ini.

"Sesungguhnya, agama Islam adalah agama yang syumul (holistik), progresif dan dinamik, kerana di dalam Islam wanita amat dihormati dan dimuliakan," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan