Selangor Tidak Pernah Letak Sasaran Kutip Hasil Pasir RM150 Juta Setahun - MB

Diterbitkan: Isnin, 11 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah meletakkan sasaran mengutip hasil perlombongan pasir sebanyak RM150 juta setahun, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau berkata sebaliknya kutipan hasil daripada aktiviti tersebut di Selangor hanyalah melebihi RM100,000 setahun.

"Kami tidak pernah meletak sasaran hasil kutipan pasir pada kadar RM150 juta setahun.

"Berdasarkan hasil kajian yang dilakukan awal tahun 2008, seluruh industri pasir (di Selangor) memberi pulangan melebihi RM100,000," katanya ketika menjawab soalan Wong Koon Mun (BN-Kuala Kubu Baru) mengenai hasil kutipan pasir di Selangor pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini Isnin.

Pada 2009, Abdul Khalid dalam ucapan bajet negeri telah menyatakan sasaran hasil kutipan perlombongan pasir di negeri tersebut sebanyak RM150 juta setahun melalui penubuhan syarikat Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB).

Bagaimanapun ketika pembentangan Bajet 2011 negeri pada November tahun lalu, Abdul Khalid menyatakan sehingga Oktober 2009, hasil daripada royalti pasir yang diterima oleh kerajaan negeri pada tahun berkenaan tersasar daripada sasaran awal iaitu RM4.6 juta.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Mohamad Satim Diman ketika ditemui semasa sesi rehat sidang DUN berkata kenyataan Abdul Khalid seolah-olah cuba menyembunyikan fakta sebenar mengenai operasi serta hasil kutipan daripada aktiviti berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan