Rang Undang-Undang Majlis Konsultasi Gaji Kebangsaan Dibentang Di Dewan Negara Selasa

Diterbitkan: Isnin, 11 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Rang Undang-undang Majlis Konsultasi Gaji Kebangsaan, yang berperanan mengkaji isu gaji minimum sektor swasta di negara ini, akan dibentangkan di Dewan Negara Selasa, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan.

Beliau berkata rang undang-undang itu yang diluluskan oleh Dewan Rakyat baru-baru ini akan dibentangkan oleh Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam.

"Rang Undang-undang ini jika diluluskan dan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, ia akan menjadi satu undang-undang (akta) yang membolehkan kerajaan melantik Majlis Konsultasi Gaji Negara yang berperanan memberi input dan nasihat kepada kerajaan untuk membuat penyelarasan gaji minimum.

"Mereka ini terdiri daripada wakil pekerja, profesional dan perseorangan yang pakar dalam bidang ini dan mereka memberi input kepada kerajaan dan sekurang-kurangnya dua tahun sekali majlis ini akan menasihati kerajaan tentang kedudukan gaji minimum di negara ini," katanya.

Maznah berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2011 peringkat kebangsaan di Menara Tun Mustapha, dekat sini Isnin.

Majlis itu dirasmikan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Yee Moh Chai yang mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Maznah berkata kerajaan akan mengambil kira pandangan dan hasil perundingan majlis itu sebelum menetapkan gaji minimum bagi sektor swasta kelak.

Beliau berkata gaji minimum itu dijangka dapat dilaksanakan pada penghujung tahun ini.

Ditanya sama ada penyelarasan gaji minimum itu turut dilaksanakan di Sabah dan Sarawak yang masing-masing mempunyai undang-undang buruh sendiri, Maznah berkata kedua-dua negeri diharap dapat menerima pakai undang-undang gaji minimum pekerja swasta yang ditetapkan kelak. Ini kerana kajian yang dilakukan oleh Majlis Konsultasi Gaji Kebangsaan turut mengambil kira kepentingan pekerja swasta di Sabah dan Sarawak, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan