Program Pengampunan PATI Ditangguhkan Sementara - Hishammuddin

Diterbitkan: Isnin, 11 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Program pemutihan dan pengampunan bagi mendaftar pekerja asing tanpa azin (PATI) di seluruh negara akan ditangguhkan sementara waktu sehingga semua pihak bersedia untuk melaksanakannya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein pada Isnin berkata program tersebut akan hanya dilaksanakan selepas semua parti dilihat mampu melaksanakannya tanpa sebarang masalah.

Program tersebut yang sepatutnya bermula pada Isnin menyasarkan untuk mendaftarkan lebih dua juta pendatang asing tanpa izin di seluruh negara menggunakan sistem biometrik.

"Kita telah memutuskan untuk menangguhkan pendaftaran pekerja asing tanpa izin menggunakan sistem biometrik untuk tindakan selanjutnya.

"Ada beberapa isu teknikal yang melibatkan keselamatan negara yang perlu dikaji dengan mendalam sebelum kita melaksanakannya,"katanya kepada pemberita pada Isnin.

Pendaftaran PATI menggunakan sistem biometrik adalah bagi memudahkan pekerja asing mendaftarkan diri serta bekerja secara sah atau meninggalkan negara ini tanpa dipenjara atau ditangkap oleh pihak berkuasa.

Namun, sebelum ia dilaksanakan pihak berkuasa perlu mendaftarkan lebih 1.9 juta PATI di seluruh negara.

Bagaimanapun, Hishammuddin tidak memberitahu bila program tersebut akan dilaksanakan.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong dilaporkan berkata program pemutihan dan pengampunan terhadap hampir dua juta pendatang asing tanpa izin akan dilaksanakan mulai 11 Julai ini.

Beliau dipetik sebagai berkata mulai tarikh itu, semua pengambilan pekerja asing akan dibekukan bagi memastikan program pemutihan dan pengampunan warga asing tanpa izin berjalan lancar.

Program itu meliputi enam pelan tindakan melibatkan pendatang asing tanpa izin iaitu pendaftaran, pemutihan, pengampunan, pemantauan, penguatkuasaan dan pengusiran.

Lee berkata, objektif pemutihan itu adalah untuk mengumpul data pendatang asing tanpa izin di negara ini termasuk berapa ramai yang bekerja dalam sektor yang dibenarkan mengambil pekerja asing dan memberi peluang kepada pendatang asing tanpa izin untuk pulang ke negara asal tanpa dikenakan tindakan tetapi terhad kepada tempoh yang dibenarkan.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan