PM Lakukan Tinjauan Mesra Di Jalan TAR, Masjid India

Diterbitkan: Isnin, 11 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad melakukan tinjauan mesra ke kawasan "syurga" membeli belah di ibu kota iaitu di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dan Jalan Masjid India.

Najib memulakan tinjauan mesra pada kira-kira 5 petang di pusat beli-belah Sogo yang terletak di Jalan TAR.

Selepas beramah mesra dan bersalaman dengan pekerja dan pengunjung pusat beli-belah itu, beliau meneruskan tinjauan ke Jalan TAR dan Jalan Masjid India yang menempatkan puluhan deretan kedai menjual kain, pakaian, barang kemas dan pelbagai barangan lain.

Najib yang diiringi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk M.Saravanan seterusnya ke gedung tekstil Jakel selama kira-kira 20 minit sebelum ke bazar Wisma Yakin di Jalan Masjid India.

Kedatangan Perdana Menteri nyata menggembirakan peniaga dan pengunjung yang tidak melepaskan peluang bersalaman dan bergambar dengan pemimpin nombor satu negara itu.

Pemborong kain, Sinshon Mohd Elah, 45, nyata sangat teruja dapat bertemu, bersalam dan bergambar dengan Perdana Menteri.

"Saya sangat gembira, macam tak percaya yang Perdana Menteri baru saja melawat kedai ini. Saya mahu besarkan dan gantung gambar ini nanti," katanya sambil menunjukkan gambar bersama Najib yang diambil melalui telefon bimbitnya kepada pemberita.

Seorang peniaga di bazar Wisma Yakin, Azrul Zulkifli, 26, berkata kedatangan Najib di gerai jualannya sedikit sebanyak mengurangkan kedukaan para peniaga di kawasan itu akibat perhimpunan haram Sabtu lalu.

"Beliau sempat bertanyakan khabar saya dan berharap perniagaan saya akan lebih maju. Katanya beliau akan cuba memodenkan kawasan bazar ini memandangkan ini sahaja bazar peniaga Melayu yang buka pada waktu siang di kawasan Kuala Lumpur ini," katanya.

Azrul, yang menjual tas tangan di bazar itu, berkata ekoran perhimpunan haram Sabtu, beliau menanggung kerugian kira-kira RM2,000 apabila kedainya tidak dibuka atas arahan polis bagi menjaga keselamatan para peniaga dan orang ramai.

Pengurus Madras Jeweller Sdn Bhd, M.Vasudevan, 34, berkata kedai emasnya kerugian besar kerana tidak dapat beroperasi akibat perhimpunan haram Sabtu.

"Perhimpunan haram ini memang menyusahkan kami peniaga di kawasan ini kerana perlu tutup kedai, walaupun ada yang berani buka kedai tapi diarah tutup oleh polis.

"Saya berharap sangat tidak berlaku lagi kejadian seperti itu selepas ini sebab kerugian yang kami perlu tanggung bukannya kecil," katanya yang sudah lima tahun menguruskan kedai emas berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan