Pelajar UMT Didakwa Hina Lagu Negaraku

Diterbitkan: Isnin, 11 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah membuat laporan polis berhubung dakwaan seorang pelajar UMT mengubah lirik lagu Negaraku, menghina Raja dan juga Perdana Menteri di dalam laman sosial Facebooknya.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT Prof Dr Yahaya Ibrahim berkata, laporan itu telah dibuat oleh pendaftar UMT di Balai Polis Gong Badak, semalam.

"Kita serah kepada polis untuk membuat siasatan berhubung perkara itu. Sehingga kini kita tidak tahu sama ada dia mahasiwa UMT atau sudah tamat pengajiannya ataupun orang luar yang menyamar.

"Kita sedar perkara ini semalam dan terus buat laporan polis. Hari ini pendaftar UMT akan memberi keterangan lagi kepada polis berhubung perkara itu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Simposium Tahunan UMT yang disempurnakan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof.

Turut hadir pada majlis itu Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMT Prof Dr Noor Azhar Mohamed Shazili. Dr Yahaya berkata penuntut terbabit yang menggunakan nama Mohd Farizal dalam statusnya, mengubah lirik lagu kebangsaan dengan mencerca, mempersendakan lagu negara, Raja Melayu dan juga Perdana Menteri.

Beliau menyifatkan perkara itu sangat serius dan akan bertindak tegas sekiranya terbukti dia merupakan mahasiswa UMT.

"Setelah siasatan polis dan jika benar dia pelajar UMT, kita akan serahkan perkara ini kepada Lembaga Disiplin UMT dengan segera untuk diambil tindakan kerana perkara ini (menghina) sangat serius.

"Seseorang pelajar tidak seharusnya melibatkan diri dalam perkara sedemikian. Dia sepatutnya menumpukan perhatian kepada pelajaran dan tidak pada yang lain," katanya.

Sementara itu, Dr Yahaya berkata simposium tahunan itu disertai lebih 500 peserta termasuk dari luar negara seperti Timur Tengah, Eropah dan negara-negara Asean. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan