Kerajaan Tidak Longgar Syarat Penggunaan Cermin Gelap

Diterbitkan: Isnin, 11 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak bercadang melonggarkan syarat penggunaan cermin gelap pada kenderaan persendirian walaupun atas faktor-faktor tertentu.

Timbalan Menteri Pengangkutan Jelaing Mersat berkata langkah ini diambil ekoran kerajaan khuatir kelonggaran yang diberikan akan disalahgunakan oleh pihak tertentu dalam menjalankan kegiatan jenayah selain menjejaskan aktiviti penguatkuasaan serta keselamatan agensi penguatkuasa seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

"Setakat ini kerajaan masih belum bercadang untuk melonggarkan syarat penggunaan cermin gelap pada kenderaan persendirian.

"Walaupun terdapat cadangan untuk melonggarkan syarat tersebut atas faktor peningkatan suhu dan kes jenayah, namun kerajaan khuatir kelonggaran yang diberikan akan disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu dalam menjalankan kegiatan jenayah selain menjejaskan aktiviti penguatkuasaan serta keselamatan," katanya menjawab soalan Senator Datuk Nor Hayati Onn.

Nor Hayati ingin tahu sama ada syarat penggunaan cermin gelap pada kenderaan persendirian bakal dilonggarkan atau tidak atas sebab suhu serta kes jenayah yang meningkat.

Selain itu, Jelaing berkata kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) juga mendapati penggunaan cermin gelap boleh menghalang penglihatan pemandu dan boleh menjadi punca kemalangan jalan raya.

Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan boleh mempertimbangkan permohonan untuk memasang cermin gelap atas alasan kesihatan sekiranya diperakukan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan atau jika terbukti adanya ancaman keselamatan. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan