Kerajaan Akan Tunai Janji Pilihan Raya Sarawak - Muhyiddin

Diterbitkan: Isnin, 11 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BETONG: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi menegaskan bahasa Kerajaan Pusat akan menunaikan segala janji pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini.

"Kami akan tunaikan janji dan ikrar dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, saya sendiri dan semua menteri kabinet.

"Janji dan ikrar ini adalah untuk memajukan prasarana dan sektor ekonomi negeri.

"Malahan, kabinet telahpun melantik Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Douglas Uggah Embas meneliti senarai," katanya kepada kira-kira 3,000 orang yang menghadiri 'Rumah Terbuka" Gawai Dayak peringkat kebangsaan di Penom, Ulu Paku di sini, Isnin.

Muhyiddin juga berkata 'roadshow' untuk menjelas dan mempromosi inisiatif kerajaan baru-baru ini seperti Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Tranformasi Ekonomi (ETP) akan dilakukan di seluruh negara.

Beliau berkata objektif inisiatif ini boleh dicapai menerusi perpaduan total rakyat yang akan menjamin keamanan dan keselamatan.

Sementara itu, beliau berkata adalah memalukan kerana masih ada segelintir rakyat yang kurang menghormati undang-undang, perlembagaan dan Yang di-Pertuan Agong ketika majoriti rakyat Malaysia cintakan keamanan.

"Mereka mahukan pilihan raya adil dan bersih, tetapi hakikatnya dalam pilihan negeri (Sarawak) baru-baru ini, pembangkang memenangi 16 kerusi sementara Barisan Nasional 55 yang membuktikan keadaan sebenar," kata beliau.

Mengenai Pesta Gawai Dayak, Muhyiddin berkata ia bukan setakat perayaan berasaskan kepercayaan atau agama tetapi sesuatu yang disambut oleh semua rakyat Malaysia dan ini menambah keanekaragaman budaya negara.

Beliau bersetuju dengan cadangan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayan Datuk Seri Utama Dr.Rais Yatim dalam ucapannya sebelum itu supaya semua rumah panjang tradisional berusia 50 tahun ke atas diisytihar bangunan warisan bangsa.

Di majlis itu Muhyiddin mengumumkan kelulusan dana RM350,000 bagi pembinaan gereja SIB di sini dan sejumlah RM4.5 juta bagi program pemeliharaan dan pembiakan ikan terubok di lima lokasi.

Beliau juga mengumumkan 900 buah '1Malaysia netbook' akan diedarkan di kalangan pelajar yang kurang mampu di kawasan parlimen Betong. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan