Kadar Kemalangan Ulang Alik Ke Tempat Kerja Semakin Membimbangkan - Maznah

Diterbitkan: Isnin, 11 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Kadar kemalangan yang berlaku semasa berulang alik ke tempat kerja kini semakin meningkat dan membimbangkan, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia Senator Datuk Maznah Mazlan.

Sambil memberi contoh kes kemalangan yang dilaporkan pada tahun 2009 sebanyak 55,186, beliau berkata jumlah itu meningkat sebanyak 4.48 peratus atau 57,656 kes pada tahun lepas dengan 1,194 kes atau 2.1 peratus adalah kemalangan maut.

Maznah berkata daripada jumlah itu, 38 peratus adalah kes yang membabitkan mereka yang berulang alik ke tempat kerja dengan lebih separuh kes berlaku ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

"Hampir 80 peratus daripada mereka yang menjadi mangsa kemalangan ini berumur dalam lingkungan 35 tahun yang kebanyakannya pekerja lelaki.

"Keadaan ini amat membimbangkan dan ia bukan sahaja merugikan negara daripada segi sumber manusia tetapi juga merugikan majikan tempat mereka bekerja," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat Kebangsaan 2011 di Menara Tun Mustapha, dekat sini, Isnin.

Pelancaran itu disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Yee Moh Chai yang mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Maznah berkata berikutan itu, Kementerian Sumber Manusia melalui Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) telah merangka pelbagai strategi dan pendekatan komprehensif bagi mengatasi masalah itu.

Katanya penguatkuasaan yang dijalankan itu bukan sahaja terhad kepada sektor pembuatan dan pembinaan tetapi juga sektor utama yang lain termasuk pertanian, perikanan dan perniagaan.

Beliau berkata program promosi turut diperhebatkan ke seluruh pelusok negara bagi memberikan kesedaran kepada semua pihak tentang pentingnya aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Maznah berkata sehingga Mei tahun ini sahaja, sebanyak 1,466 kes kemalangan dilaporkan di Sabah berbanding 2,919 kes yang dicatatkan di negeri itu sepanjang tahun lepas.

"Berdasarkan catatan tahun ini (sehingga Mei), terdapat kemungkinan kes yang dicatatkan di Sabah tahun ini akan meningkat dan dalam hal ini, kerajaan akan terus berusaha meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan