Jakim, MAIN Tidak Beri Sijil Halal Produk Sama Nama Dengan Yang Tidak Halal

Diterbitkan: Isnin, 11 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) tidak mengiktiraf serta memberi sijil dan logo halal kepada produk yang namanya menyamai produk tidak halal.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Abdul Karim berkata langkah itu sejajar dengan piawaian halal yang ditetapkan.

Produk berkenaan termasuk bak kut teh, bir dan bakon yang sebelum ini pernah menggunakan label 'halal' dan ini mengelirukan orang ramai, katanya menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perihal Dagangan 2011, di Dewan Negara, di sini Isnin.

Sehubungan itu katanya, rang undang-undang tersebut apabila dilulus dan diwartakan kelak memperuntukkan hanya sijil halal yang dikeluarkan Jakim dan MAIN saja diterima.

"Rang undang-undang itu juga penting bukan sahaja untuk melindungi pengguna malah menyediakan platform bagi menggalakkan perniagaan serta perdagangan lebih beretika," katanya.

Rohani berkata rang undang-undang itu juga memberi kuasa penuh kepada Jakim dan Main untuk mengeluarkan sijil serta logo halal bagi mengelakkan kekeliruan dalam kaedah pensijilan sebelum ini.

"Banyak keraguan termasuk dikatakan sijil dan logo halal dikeluarkan secara sewenang-wenangnya. Justeru, dengan kelulusan rang undang-undang itu, pengusaha perlu melihat tarikh luput pensijilan yang diperoleh. Kalau sudah tamat, mereka perlu memohon untuk mendapatkan sijil halal di Jakim atau MAIN," katanya.

Mengenai peraturan pengeluaran sijil dan logo halal, beliau berkata semua permohonan akan disemak oleh Jakim dan MAIN sebelum sijil dikeluarkan dalam tempoh 30 hari daripada tarikh pembayaran yuran permohonan dibuat.

Rang undang-undang itu kemudian diluluskan. Dewan Negara sebelum itu meluluskan Rang Undang-undang Petroleum (Cukai Pendapatan)(Pindaan) 2011. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan